Tuesday, July 31, 2012

penyanyi lagu Boboiboy


Alien datang menakluki bumi
Demi koko yang di cari-cari
Merekakan tiba tak lama lagi
Apa mungkin terjadi

Jadi kita perlukan penyelamat bumi
BoBoiBoy! BoBoiBoy! BoBoiBoy!

Ying!
YaYa!
Gopal
Dan super hero kita
BoBoiBoy! BoBoiBoy! BoBoiBoy!


BURN!
mamasue baru tau ok....

Monday, July 30, 2012

Awas kesan buruk merokok sebaik berbuka


Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.
Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.
Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.
Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.
Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. – Agensi
src


Friday, July 20, 2012

gambar lama

hadoi! lama sungguh gambar ni...
semua dlm tu dah kawen...yg tengah kt blkg tu je blom lg...
woi! bila nk kawen ni izad?

gambar lebih lama dr ini tak blh plak nk publish sbb tak pki tudung lagi... 

Wednesday, July 18, 2012

Kelebihan mempunyai anak perempuan


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan  rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Tuesday, July 17, 2012

Checkers Hypermarket

menurut kawan papa, barang2 kt hypermarket ni murah2...
so mamasue pun ajak lah papa ke sana, kebetulan ada barang sket nk beli...
sambil2 compare2 kan harga dgn tempat yg mamasue selalu pegi iaitu Tesco and 99 Speedmart...

memula sampai tu, ingatkan rumah kedai...rupanya...hypermarket yang sangat bessaaarrrr.....
dan sangat open...
parking2 je terus sampai kaunter bayar ok...

design kt dalam pun mmg betul2 mcm dlm gudang

tu pulak cili kering...mak pesan...blh buat kenduri

tgk la tempat parking tu, mmg betul2 lepas tu terus kaunter...

overall, pendapat mamasue, ada barang kt situ yang betul2 murah...ada barang yg tesco n 99 speedmart murah lagi...so,blh la try pergi hypermarket ni kt seksyen 15

Monday, July 16, 2012

Bon Odori

ari sabtu lepas, mcm biasa, mamasue and family akan ke pasar mlm 
usually utk carik makan lah...and mamasue suke beli bubur lambuk kt situ...sedap...
ada carrot, ada green pea ada kacang kuda kadang2.....ada ayam...sedaaapppp
eh...dats not the story...hehehe...terlebih sudah...

kitorg biasa pegi petang2...tp hari tu dah terlewat sket...so kluar umah nak dekat kul 7pm
astagfirullahalazimmmmm....
sekali punyelah jem....banyak tul kereta parking kt atas pembahagi jalan....bas2 pun penuh park kt tepi2...
orang jln kaki tepi2 tu pun ramai...semua menuju ke arah stadium...tepi kubur cina tu....huhu...
cina plg ramai mamasue nmpk...melayu pun ada...tp tak seramai mana....
ada yg pompuan2 tu, siap pakai kimono...???
elo...nak maghrib ni....

mamasue and papa kepelikkan...nak pegi mana diorg ramai2 ni...
mcm mana kita blh tak tau ada apa kt stadium ni
banner pun tak dak ...kot2 lah ada iklan kt mana2...tak dak pun...
jln nk ke psr mlm pun jem....tp kitorg berjaya divert ikut jln lain....

otw ke psr mlm tu, ternampak bas rombongan diorg ni, letak banner kt depan bas tu...
BON ODORI...
apa benda tu....
ha...nak tau tu kena baca kt sini....

pastu, bila bas tu dah lepas, kitorg nk sebut balik perkataan Bon Odori tu dah mcm terlupa...
mamasue pun tya papa...'bon pebenda eh...?
papa pun tak ingat...main petik je...'bon appetit...kot?'
mama,'bukan lah....'
tetiba dhiya pun konon nak tlg....'BON JELLA ....!'
=P

Wednesday, July 11, 2012

Child Injury Prevention for Malaysian Parents

mamasue dapat emel ni few days ago...good info to share...from Persatuan Pediatrik Malaysia

src



1.Never leave your baby or child alone or locked in a room.
2.Store all detergents,cleaning products,bleach and other potentially harmful chemicals out of children’s reach or ina locked cabinet.
3.Never put them in other containers that kids can mistake for food or drink.
4.Keep small jewellery, perfumes and colognes, belts,scarves and ties out of reach to prevent choking and strangulation.
5.While cooking, whether in the kitchen or outside (barbecues,‘kenduri’ and such),do not allow children to be near the cooking area at any time.
6.Flammables such as matches and candles should be kept out of reach of children.
5. Make sure the electrical wiring in your house is safe. Do not overload outlets or run wiring under rugs.
Ensure that there is no damage to the outer cover of the electrical wire.
6. Use plug socket covers to prevent your child from sticking her fingers or other objects into electrical
outlets. 
7. Wipe or mop up any spillage on the floor immediately to prevent slips and falls. 
8. Keep a properly stocked first aid kit in your house and make sure other adults in the house know where it is kept.
9. Try to have at least one fire extinguisher and smoke detector in the house. Follow its proper maintenance and service schedules. 
10. Stop smoking. Smoking is bad for health. It can also cause fire and burns.
11. Never leave kids near water unattended. This includes the bathtub. Children can drown in just a few centimetres of water.
12. Have an escape route out of the house in case of fire, that everyone in the house, including children, knows about. Determine an assembly point outside the exit.
13. Store all medications in a locked cabinet, far from children’s reach. Never leave them on the kitchen table or bedside tables. Never tell a child that medicines are “sweets”. Never take your medicines in front of your children.

Wednesday, July 4, 2012

smooching medina


this baby loves to smooch... :*
Related Posts with Thumbnails