Thursday, December 29, 2011

dhiya at kelantan



Wednesday, December 28, 2011

mothercare 4 position carrier

akhirnya mamasue ada gak benda alah carrier ni....
nak sangat carrier ni lama dah
sejak zaman kakak dhiya lagi
tapi zaman Baby Na ni baru mamasue dapat
papa tak brapa suka benda ni....(dont ask me why...)
mamasue beli ni last week sebab nak balik kampung senang sket nak pgg medina
usually mamasue akan letak je medina kt atas tilam baby dia...biar dia tido je atas tu
tp since adik ipar mamasue pun ikut sama naik keter,tempat agak terhad 
so mamasue decide utk beli gak carrier ni...sib baik papa pun tetiba je bagi
sepjg separuh perjlnan tu mmg medina tido dan menyusu terus dari atas carrier ni
sggh senang...(senang utk mamanya pun turut tido...lepas tgn pun tak pa)
lepas ni blh letak je Baby Na dlm ni sambil bt kerja rumah...tak de lah Baby Na ni asyik tertarik-tarik je seluar mamasue minta dukung....=)

gambar ni disnap oleh papa masa kitorg otw ke Kelantan...benti kejap pepagi buta tu having breakfast...

Tuesday, December 20, 2011

Berjaya Times Square Theme Park

weekend lepas, kitorang ke Berjaya Times Square. niatnya saje-saje bawak kakak dhiya jalan-jalan sebelum skolah start....(skolah lah sangat, tadika je pon)
tu lah 1st time mamasue jejak kaki ke sana...papa 2nd time kot...
sesampai je, terus makan...mcm biasa,perut mesti lah diutamakan...=P

 durian pancake...not bad

 sampai akhirnya...wajib snap gambar...ntah bila nak sampai lg


 si boboyot ni pun mestilah tak ketinggalan....

tak brapa byk gambar yg mamasue dpt amik sbb mmg penat gila...
mamasue just biarkan kakak dhiya je having fun, while mamasue plak menyusukan medina
kt situ ada disediakan breastfeeding room...
mmg convinient betul...
asalkan anak (dan papanya) enjoy, mamasue tak pa dah =)

Monday, December 19, 2011

happy birthday Tok Yat

hari khamis lepas ialah birthday uncle mamasue, tok yat
happy birthday tok yat
yang ke.....ermmm....mamasue lupa...
mamasue dpt tau, perancangan utk celebrate birthday tok yat ni pun ad hoc je
sebab anak dara mamasue, dhiya tanya tak de tiup2 lilin ke?
kalau ada, dia yg nak tlg tiupkan...
so daripada tak da, kepada ada plak celebration birthday tok yat ni
terima kasih lah kepada nek cu yg rajin nak tlg buatkan gak....
kalau dikira-kira dhiya tiup lilin dalam setahun tu, maunya umur dia dah puluh-puluh dah...
sebab setiap kali dia tiup lilin dia ingatkan umur dia dah naik setahun...
kite layan kan je lah gambar....
 dah kate membawa perut yg lapar ke rumah tok yat, so mmg sesampai je ngadap nasik terus lah...bermcm2 haiwan dlm pinggan mamasue nih, florafauna tak de langsung ok

 cute btol lah birthday cake tok yat!
 ni plak geng member medina...skrg ni masih duduk dlm tu lg lah, tak lama lg bila dah dpt kakiiiiii...berkejar-kejaran lah....
 kitorg masa tgh meng-amin kan bacaan doa
 anak sapa lah yg dah standby tu
dhiya melepaskan hajatnya....hajat tiup lilin....bukan hajat yg satu lg tu...=)
 ni baru 2, kalau 3 nak dokong kot mana ntah
apa yg mamasue mkn, medina nak makan...sama-sama kita membulat kan dik

Tuesday, December 13, 2011

Xmas show @ Empire

last sunday, mamasue and family ke Empire...
saja bawak anak-anak jalan sambil niat nak belikan Baby Na baju sket...
asyik-asyik pakai baju lama kakak dhiya dulu-dulu....sian Baby Na
tak sempat pun sampai ke mana-mana kedai, tetiba dah start show kt stage tgh-tgh Empire tu
kitorg pun brenti lah nak tgk...ingatkan boleh brenti kejap kat situ, tapi kakak dhiya nak tengok show tu sampai habis
mamasue pk-pk, tak pa lah, for sure show ni tak sampai shopping complex ni tutup kan...
sempat lagi lah nanti nak beli baju untuk Baby Na
layan punya layan....kakak dhiya yang terlebih excited....
sambil-sambil tgk show tu mamasue letak tgn sebelah kat bahu dia...takut kena kidnap
dia tepis! ambooooiiiiii.....
mamasue tau dia excited ni...mamasue suh dia diri tepi stage,mamasue snap gambar

 seronok je....
 pastu, dancers ni tukar baju plak...diorang pakai ala-ala angle...
lepas dah abes show tu,dancers tu turun kasi chan utk tangkap gambar dgn diorg
mamasue pun mencelah-celah lah demi anak....nampak gaya mcm mamasue je yg Islam kat situ....
 sekali dapat tangkap gambar dgn angle lelaki nih...hehehe
mamasue tau kakak dhiya nak yang angle pompuan kat sebelah tu....
mamasue pun mencelah-celah lagi sekali utk dapatkan angle pompuan tu.....dhiya nye pasal...tak pa lah
 dapat akhirnya...
ingatkan dah setel, kitorang pun naik lah nak start shopping....
tgh dok ada kat level atas tu, kakak dhiya ni perasan ada snow ball yang amat besat, dlm tu orang blh masuk and tangkap gambar...
dari atas dia nangis utk nak masuk dlm snow ball tu
haiiihhh....mamasue dah start pilih-pilih baju utk Baby Na pun letak lah balik baju-baju,pi turun balik ke snow ball tu 
dhiya plak terus je ke blkg snow ball tu, ada zip untuk masuk ke dlm snow ball tu dia terus nak bukak
rupa-rupanya ada cashier kat tepi tu kena bayar dulu
pastu ada orang dah beratur pun kat blkg tu mamasue tak perasan...
mamasue pujuk-pujuk kakak dhiya, mamasue kate, Xmas ni utk org Kristian...kita orang Islam tak sambut
mana blh tangkap-tangkap gambar dlm snow ball ni...(igt nak pancing lah)
BERJAYA!
so mamasue pujuk dia utk tangkap gambar kat kerusi besar atas stage tadi...
mamasue kasi zoom sket...
hahahaha!tgh nanges.....sebab tak puas hati tak dpt masuk snow ball....

macam-macam lah peel anak-anak nih....mcm mana lah nak train medina supaya tak jadi mcm ni

Thursday, December 8, 2011

dot merah pada produk makanan

makluman ni mamasue dapat daripada emel papa untuk dikongsi bersama
betul tak betul, mamasue unsure...sesapa yg ada maklumat terperinci, sila lah kongsi kan


Perhatikan titik Merah di dalam simbol merah persegi yang ditunjukkan di atas bar coklat seperti: Bounty bar Chocolate / Mars / snickers ... ia ditunjukkan secara khusus di belakang sebelah nombor berat. Cap Ini bermakna bahawa produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi!!
Mereka meletakkan bahawa tanda untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian bahawa coklat mempunyai kandungan bukan vegetarian / bahan-bahan terlarang. TOLONG berkongsi info ini dengan semua rakan anda dan ingat bahawa "Siapa memberi Peringatan yang BAIK Kepada yang lain AKAN Mendapat kebaikan yang sama dengan yang MEREKA yang Melakukan KEBAIKAN itu dari ALLAH S.W.T



ada rupa mama tak?


Wednesday, December 7, 2011

lagu dan otak versi dhiya

as usual, lunch tadi mamasue balik umah...
dhiya and mamasue lunch sekali...dia makan mee sup and mamasue makan nasi
tgh sedap makan tu, tetiba dhiya tergedik-gedik sambil kepala dia dok goyang-goyang...
mamasue pun saja je lah tiru aksi dia 
pastu dia tanya....

dhiya: mama pun boleh dengar ke...?
mama: dengar apa?
dhiya: mama pun boleh dengar lagu dalam otak dhiya ke?
mama: =D ....dalam otak dhiya tu ada lagu apa?
dhiya: lagu pengantin baru...
mama: nyanyi lah sikit
dhiya: hari sabtu kubur aku...hari ahad kubur kamu...la la la la la la la....
mama: tu bukan lagu pengantin baru laaaa.....

Tuesday, December 6, 2011

Cara mudah mencari muka surat dalam Al-Quran...Mari Cuba...

papa send kat mamasue emel ni pagi tadi...mamasue nak sharekan dgn blog fren sekalian...


Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

teori matahari & bulan versi dhiya

few nights ago, sesampai je mamasue kt rumah, kakak dhiya tetiba je ckp psl teori matahari dan bulannya...

dhiya: mama, matahari turun kat bawah....pastu sebab tu lah gelap
mama: turun kat bawah tu dia pegi mana?
dhiya: turun kat bawah lah masuk dalam
mama: pastu masuk dalam air?
dhiya: taaakkk...masuk dalam je...pastu moon tutup langsir...tu lah jadi gelap
mama: moon mana ada tanganlah...
dhiya: ada...Allah buatkan lah....pastu moon tidur
mama: (baik mama betulkan ajaran songsang kakak dhiya nih....) tak lah dhiya...kita jadi malam sekarang sebab bumi ni berputar (lantak la paham ke tak...hehehe)
dhiya: taakkk...mane ade...mama salah....moon tu yang tutup langsir....
mama: (whateverrrr....dlm hati je)

Friday, December 2, 2011

Dhiya was admitted due to Rota virus

mamasue terasa seakan-akan di duga dgn bermacam-macam ujian lately
tapi mamasue tabahkan hati, sabar dan tetap balik rumah dengan senyuman
bila lihat muka anak-anak dan suami, semua tension rasa hilang

baru-baru ni mamasue update pasal Baby Na demam. tapi dia demam tak lama, sehari dua je
tetiba last thursday, kakak dhiya plak muntah
mak call mamasue kat ofis, suh amik halfday....
mamasue balik je rumah, tgk kakak dhiya dah flat
makan tak nak, minum tak nak
susu yang selama ni sejam sebotol, tetiba jadi tak nak minum langsung
mamasue paksa-paksa gak, dia akan muntah balik
apa-apa yang masuk akan dimuntahkan balik...
sedihnya tgk kakak dhiya bila tak ceria mcm ni...
asyik tido je satu hari sebab tak de energy....sib baik Baby Na dah ok
kalau dua-dua serentak mcm ni, mau haru gak mamasue 

then, on saturday nite...kul 1230am gitu,bawak pegi emergency kat DEMC sebab kakak dhiya muntah-muntah banyak kali....
mak, papa n mamasue dah get ready for dhiya to be warded, tp kul 130am gitu papa balik...
katanya, doktor kate 'budak-budak memang kena paksa makan'
mak mamasue hangin gak bile doktor tu cakap gitu...
sebab kakak dhiya tu mmg dah flat sgt, still doktor tu tak nak warded kan
the next morning, 3 kali kakak dhiya muntah...bawak lg sekali ke DEMC
WARDED! alhamdulillah...at least, boleh masukkan IV...tak yah susah2 kakak dhiya minum air kot mulut...
 semasa di admission caunter...
 sedang menunggu doktor pasangkan IV...tp dhiya tak tahu...sian dia
 baby na yang sentiasa ada je kemana-mana
 kakak dhiya lepas doktor dah pasangkan IV..muka rasa sedih sebab rasa tertipu =)
 rezeki kakak dhiya dapat bilik executive suite sebab ward kanak-kanak penuh
 baby na yang sentiasa nak happy kan kakak dhiya
baby na tolong perabis kan makanan yang kakak dhiya tak nak...
 second day, kakak dhiya dah ceria...happynya hati mamasue tgk kakak dhiya dah senyum
mamasue, baby na and nenek balik rumah, papa je yg tido kat hospital jaga dhiya
before 8am lg mamasue dah smp kat DEMC tu, baby na pun kul 715am dah siap mandi
semuanya demi nak sampai awal tgk kakak dhiya


 third day, dah nak minta main game walaupun guna satu tgn

by fourth day, kakak dhiya dah discharge. so skrg stay kat umah nenek,kitorang pantau food intake dia. next week checkup lagi ke DEMC.
at the moment, doktor kata, hasil ujian najis kakak dhiya, diorg jumpa ada Rota virus. mamasue ada google sket psl virus ni. rupa2nya virus ni byk terkena pada budak berumur 5 tahun ke bwh dan infant.juga dikenali sbg stomach flu walaupun tak de kene mengena dgn selsema. usually daripada makanan luar
mmg budak akan cirit-cirit,demam dan muntah
checkup akan dtg ni,doktor akan bgtahu lebih detail virus apa lagi yang dijumpai dalam najis kakak dhiya...

semoga segala yg berlaku ada hikmahnya....

Related Posts with Thumbnails