Thursday, August 4, 2011

lauk pauk raya yg wajib ada utk mamasue

ntah apa2 dah pk lauk nk mkn raya....

Rendang Ayam.


resepi:
Bahan-bahan ( satu family ) src
  • 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
  • Bahan2 digiling:-
  • @ 10 ulas bawang merah
  • @ 4 ulas bawang putih
  • @ 15 biji cili api
  • @ 15 tangkai cili kering
  • @ 1 inci halia
  • @ 1 inci lengkuas
  • @ 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara-cara

  1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.

Lontong.
resepi: src
Bahan-bahan 
90ml cawan minyak masak
4-5 cawan santan, diperah daripada 1 1/2 biji kelapa parut dengan menggunakan
  4 -5 cawan air - Nur gunakan 400ml santan kotak dan  500ml air
4 helai daun salam
1 batang lobak merah, dikupas dan dipotong 2.5cm panjang
10 urat kacang panjang, dipotong 2.5cm memanjang
2 biji ubi kentang, dikupas dan didadu - (Nur tak letak)
1/2 biji kubis, dihiris kasar-kasar
2 biji terung, dihiris bulat-bulat - (Nur tak letak)
3 tangkai cili hijau dan merah dibelah dua
55gm suun, direndam dengan air dan dituskan
2 keping tauhu, dipotong enam
2 keping tempe, dipotong enam
4 keping kulit tauhu (fu chok), direndam dengan air dan dituskan
Garam secukup rasa

Dikisar Halus-halus

15 tangkai cili kering, dibuang biji dan direndam dengan air dan dituskan
1 sudu besar ketumbar serbuk - (Nur lebihkan)
8 biji buah keras
2 batang serai dihiris halus-halus
10 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
1/2 cawan udang kering direndam dan dituskan
1 cm lengkuas, dikupas
1 cm kunyit hidup, dikupas

raya tahun ni nampaknya tak dpt nak merasa lauk2 ni....nape mamasue?bukan turn raye ke?kahkahkah!padam muka diri sendiri....
nampaknye kene catit resepi2 ni utk masak sendiri, makan sendiri....

4 yg dah komen:

Nens Collection said...

nyum..nyum..sedapnye

lydzar said...

mamasue masak ye..nnt kami dtg beraya macam tahun lepas hikhikhik

mamasue said...

mommalydzar,a'ah...mamasue yg masak...tp kat kelantan...huhuhu...turn kelantan la tahun ni...kene masak sendiri la sbb diorg mana mkn lauk2 ni

ummidaddy said...

hehe..leleh2 ayor liur akak ngk menu ni su..cepat benau up menu raya...takpelah...mamasue masak pun sdap..bg oghe kelate make..sure suke sokmo

Related Posts with Thumbnails