Thursday, June 30, 2011

oh no medina...mama still not ready for that yet!



Wednesday, June 29, 2011

Jom Teka Bersama Diariummi!

contest tajaan Diariummi yang menarik perhatian mamasue untuk join sama. ada a few questions yang perlu dijawab...and mamasue pun dah jumpa jawapannya...mmg mamasue korek dan gali blog tu =P
jawapan pulak mamasue kene submit kt bahagian komen tu...dgn harapan mamasue betul semua, sbb mamasue nak sgt aromathepary nye burner tu...i loike!

doa untuk kedua ibu bapa versi dhiya

mamasue balik rumah rehat lunch td kakak dhiya tgh baca doa...at least,ade lah bunyi-bunyi mcm doa;

dhiya: waliwalidayya...
mama: bace ape tu?doa baru ke?
dhiya: a'ah...doa utk ibu, bapa,adik...
mama: ooo...doa utk ibu bapa eh...cube kakak baca balik...bismillahirrohmanirrahim...
dhiya: bismillahirrohmanirrahimmmm.... waliwalidayya...anak soleh...
mama: eh! mcmane plak ade anak soleh....hihihi...mama solehah lah...
dhiya: tak tak...semoga mama tak meninggal, semoga mama solehah
(sssooo swweetttt....=) )
mama: semoga mama panjang umur laaaa....=)


tq anyway kakak dhiya...luv u so strong lah!


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

mitos penyusuan susu ibu


Mitos 1
Sesetengah susu formula(FM) lebih baik dari susu ibu (SI) kerana ditambah vitamin.
Fakta:
Sesetengah vitamin yang ditambah mungkin memberi kesan negatif kepada bayi.
Mitos 2
Bayi menyusu SI mempunyai jadual menyusu yang sama dengan bayi menyusu FM.
Fakta
Susukan bayi mengikut kehendak.
SI lebih mudah hadam, maka bayi akan cepat berasa lapar semula.
Mitos 3
Sesetengah ibu tidak mampu menyediakan SI yang secukupnya.
Fakta
Kekerapan menyusu akan merangsang pengeluaran susu yang secukupnya.
Mitos 4
Adalah tidak mustahil bayi juga mempunyai alahan terhadap SI.
Fakta
Sekiranya berlaku alahan, mungkin disebabkan pemakanan ibu ataupun faktor sekeliling.
Mitos 5
Sekiranya ibu sakit, demam,selesema, ibu sepatutnya berhenti menyusu.
Fakta
Semasa sakit, ibu akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut dan ianya sangat bermanfaat untuk bayi.
Bayi yang menyusu FM dua kali terdedah risiko jangkitan.
Mitos 6
Susu awal iaitu susu selepas kelahiran adalah tidak berfaedah.
Fakta
Kolostrum amatlah penting sebagai imuniti pertama bayi.
Mitos 7
SI sama sifat seperti FM.
Fakta
SI akan berubah dari segi warna pada masa dan waktu yang berlainan.
SI juga berubah2 rasa bergantung kepada pemakanan ibu.


Mitos 8
Menyusu akan menyebabkan bentuk badan lari.
Fakta
Menyusu dapat mengecutkan uterus dengan lebih cepat.
Menyusu dapat mengurangkan berat dengan lebih berkesan.
Mitos 9
Menyusu semasa datang haid adalah tidak wajar.
Fakta
Tiada kaitan dengan perubahan hormon.
Mitos 10
Payudara bersaiz kecil tidak dapat memberi cukup SI kepada bayi bersaiz besar.
Fakta
Saiz bukan penentu.
Mitos 11
Ibu wajib minum susu untuk bekalkan susu.
Fakta
Lembu tidak pernah minum susu, tetapi dapat hasilkan susu yang sangat banyak.
Ibu cuma perlu cukupkan air di dalam badan.
Mitos 12
Ibu menyusu memerlukan diet khas,perlu berpantang beberapa makanan.
Fakta
Ibu memerlukan protein yang lebih, lebih kalori, diet mesti seimbang.
Mitos 13
Bayi memerlukan air kosong pada awal2 kelahiran apabila cuaca panas.
Fakta
Air kosong tiada kandungan nutrisi.
Susu ibu sudah mengandungi air.
Mitos 14
Puting(nipple) perlu dibersihkan dengan sabun dan air setiap kali sebelum menyusu.
Fakta
Tidak perlu membasuh puting sebelum menyusu, elakkan penggunaan sabun.
Mitos 15
Setiap bayi hanya akan minum apabila dia betul-betul lapar.
Fakta
Susukan bayi setiap 2-3 jam pada minggu-minggu awal kelahiran.
Kejutkan bayi sekiranya payudara terasa bengkak.
Mitos 16
Apabila ibu berhenti menyusu, tiada jalan untuk kembali menyusu.
Fakta
Relaktasi boleh mengembalikan susu ibu.
Mitos 17
Apabila ibu mengalami rekahan puting (sore nipple), ibu seharusnya berhenti menyusu pada payudara yang mengalami sore nipple.
Fakta
Teruskan penyusuan.
Betulkan teknik pelekapan.
Mitos 18
Apabila berat bayi meningkat secara perlahan, susu ibu adalah tidak mencukupi.
Fakta
Rujuk carta perkembangan bayi menyusu susu ibu.
Adakah bayi mempunyai lampin basah 6-8kali, pembuangan najis 2-5kali pada minggu-minggu awal kelahiran.
Breastfeeding baby growth chart
Carta tumbesaran bayi susu ibu.
Mitos 19
Bayi yang ‘gemuk’ adalah bayi yang sihat.
Fakta
Bayi menyusu susu ibu datang dalam pelbagai saiz.
Bayi menyusu susu formula mudah meningkat berat badan.
Mitos 20
Najis bayi menyusu susu ibu sama dengan najis bayi menyusu FM.
Fakta
Bayi menyusu susu ibu kurang membuang berbanding bayi dengan FM.
Najisnya juga bersifat kekuningan dan kurang bau berbanding bayi dengan FM.

Tuesday, June 28, 2011

terkilannya rasa hati

hari ni papa pegi Bangkok. as usual mamasue skoting kat umah mak bersama dgn anak-anak of cos. as early as 6:15am mamasue and papa dah gerak to LCCT. kul 7:30am gitu mak telefon nak bgtau yg mak akan hantar dhiya ke skolah, so that mamasue blh terus pi ofis. but anyway, jln yg mamasue tgh lalu tu however akan pass by skolah kakak dhiya gak (jln besar depan Summit tu)...jalan tu kan mmg jem teramat pagi2...so kereta mamasue brenti betul-betul kt tepi skolah kakak dhiya tp mamasue ni across the road lah...tp rasa-rasa kalau lambai sure kakak dhiya nampak...so dgn berbekal crdt rm1++, mamasue kol principle kakak dhiya, Teacher Murni, dia pakai 014...Teacher Murni pun pggl kakak dhiya bgtau mamasue kol...mamasue suh la kakak dhiya pi keluar kt tepi pintu, mamasue nak lambai ni....elok je dia muncul kt tepi pintu tu crdt mamasue abis!!! huhuhuhu....mamasue nak try lambai2 gak tp trafik pun dah start jalan...so mamasue nmpk la kakak dhiya tgh tercari-cari mana mama dia....pastu mesti dia pelik apsal mamasue letak fon. huhuhu.....korang sedih tak? ke mamasue sedih sendiri-sendiri...?semlm mamasue smp umah dr ofis kul 7pm, kakak dhiya dah tido, penangan ubat selsema yg papa bg tghari tu...dia tido smp ke pg ni...so papa n mamasue tak sempat nak main2 dgn dia...mamasue tak sabar nak balik lunch nak peluk cium kakak dhiya....mcm lah 10 hari tak jumpa...hehehe...korang pernah rasa mcm ni x?




semua-semua mamasue sayang...

Monday, June 27, 2011

tiring weekend

last weekend mmg cukup memenatkan untuk mamasue sefamily. dari seawal jumaat sampailah ke ahad. jumaat tu penat sbb diri sendiri yang carik penat, so dimaafkan lah...kikiki...mamasue 1st time pegi JCard Day kat Bukit Raja tu.
penat carik parking and beratur nak bayar je...bab2 carik barang tu tak penat pon (ewah!) sbb seronok harge murah. yg satu lg seronok sgt sbb papa bagi plak mamasue pegi. so,orang dah bagi kan, kene lah kite beli barang dia yg plg banyak. antara lain mamasue belikan untuk kakak dhiya panties yg selambak rm10 (kata dah toilet train, so kakak dhiya skrg pakai panties). mamasue balik rumah rehat jumaat tu, tunjuk kat kakak dhiya panties selambak tu. mamasue suh try satu je, tapi dia try semua2 selambak2 tu, katanya takut nanti ada yg tak muat....hehehe...apada...
ari sabtu pulak, mamasue tumpang majlis bertunang anak sedara mamasue utk buat kekah utk dhiya. gmbr mamasue tak sempat la nak snap sbb kakak dhiya tu mmg tak reti duduk diam, mamasue risau orang colek dia ke...dia hilang ntah mana2...dia minta mamasue kek, lepas mamasue dah amikkan dan bg kat dia, mamasue jln nak duduk mkn kt dapur (orang pompuan kan,duduk dapur je le), mamasue igtkan dhiya kt blkg,skali toleh tak ada....carik punya carik...rupanya dia tgh duduk dgn pakcik2 tua kt depan hall rumah tgh mkn kek sorang2! ayoyo dhiyaaaa.....dia pi duduk dgn orang masjid pulak.so kesimpulannya mmg tak de lah amik gambar...
ahad, lepas subuh tu terus siap2 utk ke Little Caliph Sport's Day. ni 1st time lah utk dhiya...buat kat Kompleks 3K,Subang Jaya gabungan beberapa Little Caliph.
around 740am kat depan Kompleks 3K...cuaca masih gelap
dhiya sempat berposing kt stroller adik..mamasue lupa nak pakaikan dia tudung
adik still pakai baju semlm...sah2 tak mandi...papa mandi =)
kakak dhiya and kwn2 tgh breakfast...teacher preparekan utk diorg mihun...mak bapak,sila carik mknan sendiri ye
sempat posing dgn mama and adik
kakak dhiya and frens ...ramai gak yg tak pakai tudung...fiuuhh!
school kakak dhiya tgh march...bersepah2...=)
game giant steps...ala,pki selipar jepun je...

 nak pakai kasut sendiri ok...tak nak bg mamasue tolong...
 
dhiya and her BFF,laila
tgh tunggu turn utk amik medal
dhiya posing bersama medal...mamasue tgk lama dhiya ni ikut teacher nak suh teacher sarungkan medal kt dia...teacher ni tak perasan...hihihi
lepas tu kitorang ke McD Subang Parade, dhiya still wearing her medal...
adik pun teringin nak merasa pakai medal kakak =)

Friday, June 24, 2011

wedding sedara mara...

last sunday mamasue pegi wedding sedara mara mamasue...senang sebut sedara mara je lah sbb yang kawen tu ialah mak punye cousin punye anak, apa kite panggil eh gitu? dua pupu?ntah...anak pakcik tu 2 orang kawen serentak...2-2 lelaki...thema pun cantik, 1 pasangan pakai baby blue and pink, 1 lagi pakai baby green and pink...mmg cantek.tapi kan, setahu mamasue, orang kalau boleh nak elakkan daripada kawen 2 pasangan mcm ni sbb nanti kan mesti orang compare2 kan antara pengantin tu kan? korang ade buat mcm tu tak?sbb mamasue buat je...huahuahuahua...sori pengantin...tp mamasue puji-puji jeee...=P

gambar ni kakak dhiya tolong snap kan...tgk je la adik medina tu...serious nye
sama tak..?mata je kot...=P
kakak dhiya and nenek...
pro canselor uitm pun ada...mamasue mmg tahu pro canselor ni ade bau-bauan dgn mamasue...

YBhg Tan Sri Datuk Haji Arshad Ayub P.S.M, S.P.S.K, D.P.M.P, D.P.M.J, D.S.A.P, D.P.M.T, P.G.D.K, J.M.N 

tu dia pangkat dia...banyak nya..pro canselor ni mak punye pakcik...so kira tok sedara mamasue lah kan?bau-bauan lahhhh...berbau2...


mamasue ada shakehand dgn dia masa mamasue grad degree dulu....dia ada rasa karen-karen tak? kata bau-bauan kan....hehehehe

Thursday, June 23, 2011

Release Tension: tajupakalee

Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas.
Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais.

 
Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free.
Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt
satu window tanya password..

 
"Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.
 
"Yes boss?"
 
"Sini wifi aper dia punya password?"
 
"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt
window mintak password.

 
"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"
 
"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana ...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam
nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.

 
Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan.
Lantas gua tekan 'OK'

 
Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai
ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.

 
"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"
 
"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"
 
"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2
sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.

 
"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya
tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia.
 
Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul
'tujuh empat kali' boleh tak?"

Tuesday, June 21, 2011

saya nak mandi ni....nak ikut?

hehehe....U WISH! baby medina pun seksi apaaaaa.....

Friday, June 17, 2011

aksi sujud syukur seth tan...


aksi sujud syukur seth ni bagi kebanyakkan orang mungkin mengharukan, ye lah, seth tan tu punya lah bersyukur sbb Yvonne tu rupa-rupanya campak anak patung kan...tapi masa seth sujud tu, isk, saspen betol mamasue....tepi le skit, awat sujud kt tengah-tengah jalan....dah la citer dah nak ending ni, kang ade kerete ke, motor ke, bas ke , lori ke kot lalu.....kat ke maut....tapi sib baik tak maut la kan....director tak bagi seth ni maut, kang ade pecah tv kat umah sebab ending nya seth mati...hehehe...tak blh tak blh...=P

Thursday, June 16, 2011

pagi-pagi dah berperang...

mamasue ni, bukanlah orang yang penyabar! tp sejak naik pangkat jadi mama beranak 2 ni, sedikit sabar tu nak kena ada lah...tapi,yang paling penting, otak AUTA kena lagi terror....mamasue rasa,tu masterskill mamasue dgn anak-anak ni...
bila masuk bab anak-anak (especially dhiya), bila mamasue dah tak boleh sabar, mmg mamasue akan ber-evolusi menjadi tarzan! ni nak cerita kisah pagi tadi...kakak dhiya berpeel lagi....lagi ni dah tahap SUPER KRONIK!
semlm lagi dhiya dah pesan kat mana,"mama, esok pagi dalam kereta jangan kejot dhiya bangun tau...dhiya nak tido lagi"...apa-apa je lah dhiya...mamasue malas nak layan
so pagi ni, dari atas katil papa dukung tido plak kat sofa sementara papa nak start keter and nak kemas-kemas barang. bila semua dah setel, dari atas sofa, papa dukung pulak ke dalam kereta....dalam kereta pulak, bukak lah radio sekuat mana, mmg dia sambung tido and dia kan dah warning mamasue semalam jgn kejutkan dia...kena control sungguh mamasue ni.
bila dah sampai rumah nenek plak, lepas papa dah settle angkat-angkat barang, dukung dia lagi ke dalam rumah. haaaaa....here the story beginssss..........
mamasue kejut dia bangun....

mama: dhiya, bangun...cepat cepat...teacher dah tunggu tu kt school...
dhiya: dhiya ngantuk ni...dhiya nak tido
mama: dhiya ni, tido awal pun problem...mama dah lambat ni,mama bg 5 minit pastu mama nak pegi ofis
dhiya: dhiya ngantuk, dhiya nak tido
(sesi nenek menjerit, papa marah-marah pun bermula...mamasue dah bolayan dah,after few minutes,marah mamasue pun dah reda,mamasue pakai taktik lain plak)
mama: jom dhiya, kite gosok gigi...nanti kwn dia bau mulut dhiya busuk nanti diorang pengsan...
(mamasue pun dukung la dia ke toilet...kat toilet, dhiya masih nangis-nangis)
mama: bukak mulut mama nak gosokkan gigi dhiya...
dhiya: dhiya ngantok ni...
mama: ha...klu ngantok, tutup mata, mulut tu je bukak....
dhiya: dhiya nak barrriiingggg....
mama: (ada yang kena cepuk ni) ...tutup mata, duduk atas mama ni,nak tido tido lah...mama gosokkan gigi...(selamat lah baju ofis ai. so dhiya pagi tadi gosok gigi dalam keadaan mata tertutup duduk atas pangku mamasue....)


dlm kul 745am gitu baru setel semua...even bawah tu pun tak cuci air, nak amik hati nye pasal, mamasue pinjam wet tissue adik medina, lap-lap je kakak dhiya nye bwh tu...konon-konon mcm baby balik....hhooooiiihhhh....pagi-pagi lagi dah berperang dah dgn dhiya nih...bile terfikirkan baby medina tu kot besar nanti sama je mcm kakak dia, naik geram gak tgk muka tembam tu...ni baru anak 2 u olls...kalau anak rapat-rapat, tinggal rangka lah mamasue nih...

Wednesday, June 15, 2011

hukum meniup lilin harijadi

Soalan: Bolehkah menyambut ulangtahun kelahiran dengan meniup lilin dan bernyanyi? Sesetengah orang cakap tak boleh. Kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu “Allah selamatkan kamu”?

Jawapan: Sebenarnya menyambut ulangtahun hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin baginda berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita mengingati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.
Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?
Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud: “Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.” (H.R. Abu Daud dan Ahmad)

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barangsiapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.
Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.
Ustaz Azhar Idrus: Hukum sambut ulangtahun kelahiran


mamasue: to kakak dhiya and baby medina (plus papa), lepas ni korang dah tak de lah lilin2 ye...kite nyanyi lagu happy birthday,pastu tiup angin je =)

HUSBANDS FOR SALE!

HUSBANDS FOR SALE !

A store that sells husbands has just opened in New York City , where a woman may go to choose a husband.
Among the instructions at the entrance is a description of how the store operates.

You may visit the store ONLY ONCE!

There are six floors and the attributes of the men increase as the shopper ascends the flights.
There is, however, a catch . ... You may choose any man from a particular floor, or you may choose to go up a
floor, but you cannot go back down except to exit the building!

So, a woman goes to the Husband Store to find a husband.

On the first floor the sign on the door reads:

Floor 1 - These men have jobs and love the Lord.

The second floor sign reads:

Floor 2 - These men have jobs, love the Lord, and love kids.

The third floor sign reads:

Floor 3 - These men have jobs, love the Lord, love kids, and are extremely good looking.

'Wow,' she thinks, but feels compelled to keep going.

She goes to the fourth floor and sign reads:

Floor 4 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop- dead good looking and help with the housework.

'Oh, mercy me!' she exclaims, 'I can hardly stand it!'
Still, she goes to the fifth floor and sign reads:

Floor 5 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop- dead gorgeous, help with the housework, and
have a strong romantic streak.

She is so tempted to stay, but she goes to the sixth floor and the sign reads:

Floor 6 - You are visitor 4,363,012 to this floor. There are no men on this floor. This floor exists solely as proof that
women are impossible to please. Thank you for shopping at the Husband Store.
Watch your step as you exit the building, and have a nice day!

mamasue: quit true, but nobody's perfect...

Tuesday, June 14, 2011

kat mana yang sama?

both babies at 4 months old.

masa satu dhiya....mana satu medina? cuba cari perSAMAan...cari perbezaan sng sgt....=D

Monday, June 13, 2011

apa yg masam sgt ni medina?tatutnyaaaa...

Friday, June 10, 2011

Conversation between nenek and dhiya

kakak and medina main doktor-doktor...

nenek: nanti besar dhiya nak jadi apa?
dhiya: dhiya nak jd engineer mcm tok manaf
nenek: oklah, adik jadi doktor. nanti keter adik rosak kakak boleh repair,kalau kakak sakit adik blh ubatkan.
dhiya: dhiya nak jd engineer kapalterbang lah mcm tok manaf
nenek: nanti bile dia dah kerja, nenek pun dah mati...
dhiya: ok, nanti dhiya suruh TOK KAMAL TEPI SIKIT...=P
few seconds later....
dhiya: dhiya tak nak nenek mati lah, dhiya dah doakan nenek kat Little Caliph......



Thursday, June 9, 2011

projek mamasue tergendala!


koraaaannggg.....mamasue tertinggal part niiiii......huhuhuhu....tak boleh lah nk buat PROJEK TENUSU petang niiii......

kenapa...?kenapa...?kenapa...?

kenapa...?kenapa...?kenapa...? anak dara mamasue tu dok asyik la tanya KENAPA?kenapa itu..?kenapa ini..?kenapa mcm tu?kenapa tak mcm tu? penat hoooiihhh....mama ni jawab gak lah sebab tau diorang ni nak belajar kan...

mamasue balik rehat tadi bawakan kakak dhiya gift beg yg kawan mamasue, eliss bagi lebih dari kenduri adik dia. biasa la kakak dhiya tu, happy lah...sambil-sambil makan kuih-kuih dalam tu, dia tanya mamasue,

dhiya: mana mama beli ni?
mama: kawan mama kt ofis bagi lah...
dhiya: kenape?
mama: sebab adik dia kawen...(sambil dah agak dah akan ada soalan lagi lepas nih...)
dhiya: kenape adik dia kawen?
mama: dah adik dia tu bercinta....kenalah kawen....
dhiya: kenape?
mama: dah la dhiya, kite makan je la kuih ni...




dalam gift beg tu pun ada buku yasin tecik...kakak dhiya rajin, dia amik buku yasin tu nak baca...tp baca doa "Allah hummafta 'alaina hik matakawanshur 'alaina..." =P

hukum menggantung gambar bernyawa di dalam rumah

mak mamasue ada bagitau bahawasanya HARAM kalau kita manggantungkan gambar bernyawa dalam rumah ni sebab malaikat tak masuk rumah. so abis semya gambar-gambar graduation mamasue mak dah simpan. setelah mamasue survey-survey internet, mamasue terjumpa a few artikel. mamasue paste kan yang terbaik, sila baca:
src
Kepada Pembuat/Pelukis Gambar: mamasue bukan pembuat/pelukis gambar...so kire lepas lah benda niOrang yang paling mendapat siksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar (pelukis/pengukir). (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian (al-Libas), 5959. Muslim dalam bab yang sama, 2109)

Daripada ‘Aun bin Abu Juhaifa, Ayahnya menyatakan, “Nabi melarang mengambil duit jual beli anjing dan darah, melarang kerja-kerja membuat tatoo dan mentatoo diri, melarang menerima atau memberi riba, dan juga mencela pembuat gambar”
. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 299)

Daripada ‘Aisyah dia menjelaskan, “Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah melihat ia, dia berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosa ku?” Rasulullah berkata, “Ada apa dengan bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan bersandar padanya”. Rasulullah berkata,“Pembuat gambar ini akan di-azab pada hari kiamat
.” Rasulullah menambah, “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)

Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Saya sekadar memberi tahu apa yang saya dengar dari Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, “Barang siapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya”
. Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Aku mendengar Muhammad berkata, “Barang siapa membuat gambar di dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa yang dilukiskannya pada hari kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu melakukannya”
.” (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846)
Gambar Yang Dilarang Adalah Gambar Berupa Makhluk Bernyawa:
Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448) mmg lepas ni nak kena bawak turun lah gambar2 kenangan kt umah tu
Malaikat Rahmat Tidak Akan Memasuki Rumah Yang Mengandungi (Menayangkan/Memaparkan) Gambar

Daripada Aisyah, Nabi menyatakan: “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)penting ni kalau malaikat rahmat tak dapat masuk rumah kite,maksudnya rumah kite tidah dirahmati.

Dalam hadis yang lain, patung/boneka juga menjadi faktor bahawa malaikat tidak memasuki rumah,

Dari Abu Talha meriwayatkan, katanya, “Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) berkata: Malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau patung”.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan, no. 5250)doll2 kakak dhiya lepas ni mamasue nak giveaway lah...sapa2 yg nak,silakan,disyorkan bukan beragama Islam

Fatwa-fatwa Ulama Masa Ini
Pertanyaan:
Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin ditanya,

“Dengan segala hormatnya saya memohon penjelasan anda tentang hukum membuat gambar, sama ada dengan menggunakan tangan (melukis) atau dengan alat pembuat gambar (kamera), apa hukum menggantung gambar di atas dinding, dan apa hukum memiliki gambar hanya sekadar dijadikan sebagai kenangan?”

Jawaban:

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam disampaikan kepada junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam serta para sahabatnya.Melukis dengan tangan adalah perbuatan yang diharamkan, bahkan melukis adalah termasuk salah satu dosa besar, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat para pembuat gambar (pelukis), sedangkan laknat tidak akan ditunjukan kecuali terhadap suatu dosa besar, sama ada yang digambar untuk tujuan mengungkapkan keindahan, atau yang dilukiskan (dijadikan gambar) sebagai model (bahan bantuan, ed.) bagi para pelajar, atau untuk hal-hal lainnya, maka hal itu adalah haram.
Tetapi bila seseorang melukiskan (menjadikan gambar) dari bahagian tubuh, seperti tangan saja, maka hal itu diperbolehkan. Adapun mengambil gambar dengan menggunakan alat fotografi, maka hal itu diperbolehkan kerana tidak termasuk pada perbuatan melukis. Yang menjadi pertanyaan adalah: Apa maksud dari pengambilan gambar tersebut? Jika pengambilan gambar (pemotretan) itu adalah yang dimaksudkan agar dimiliki oleh seseorang meskipun hanya dijadikan sebagai kenangan, maka pengambilan gambar tersebut hukumnya menjadi haram, hal itu dikeranakan segala macam sarana bergantung dari tujuan untuk apa sarana tersebut dipergunakan, sedangkan memiliki gambar hukumnya adalah haram. Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan bahawa malaikat enggan memasuki rumah yang ada gambar di dalamnya, di mana hal itu menunjukkan kepada haramnya memiliki dan meletakkan gambar di dalam rumah.

Adapun menggantungkan gambar atau foto di atas dinding adalah haram hukumnya sehingga tidak diperbolehkan untuk menggantungnya meskipun sekadar untuk kenangan, kerana malaikat enggan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat gambar. (Rujukan: Fatwa-Fatwa Sheikh Ibn Utsaimin yang beliau tanda tangani, disalin dari kitab al-Fatawa asy-Syar’iyyah Fi al-Masa’il al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama al-Balad al-Haram, Edisi Indonesia “Fatwa-Fatwa Terkini-3”, Penyusun Khalid al-Juraisy, Penerjemah Amir Hamzah, Penerbit Darul Haq)

Pertanyaan:
Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin ditanya,

“Apa hukum memakaikan baju pada anak-anak yang ada gambar bernyawa?”

Jawaban:

Ahlul Ilmi (para ulama) menetapkan hukumnya
haram memakaikan pakaian pada anak kecil yang dikenakan (dipakaikan) oleh orang dewasa. Pakaian yang bergambar hidup haram dipakai orang dewasa, demikian juga hukumnya tidak boleh dipakaikan untuk anak-anak. Dan memang demikian hukumnya. Sepatutnya kaum muslimin memboikot model/fesyen pakaian yang seperti ini agar orang-orang yang berniat jahat dan rosak tidak menyusup masuk kepada kita melalui sudut-sudut ini. Kalau benar-benar diboikot maka mereka tidak akan menemukan saluran untuk memasuki ke negeri kita. (Majmu’ Fatawa wa Rasa’il, 3/158)

Pertanyaan:
Sheikh Abdul Aziz bin Baz ditanya,

“Apa hukumnya menyimpan patung di rumah sekadar untuk hiasan dan bukan untuk disembah?”

Jawaban:

Seorang muslim tidak diperbolehkan untuk menggantung gambar atau pun menghiasi rumahnya dengan hai wan yang diawetkan, sama ada diletakkan di atas meja ataupun kursi, hal itu disebabkan keumuman hadis dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menjelaskan tentang haramnya menggantung gambar dan meletakkan patung di dalam rumah atau tempat-tempat lainnya. Kerana benda-benda tersebut merupakan sarana untuk berlaku syirik kepada Allah, dan dalam hal-hal yang demikian terdapat penyerupaan terhadap makhluk ciptaan Allah dan perbuatan tersebut sama seperti perbuatan menentang Allah.

Adapun perbuatan menyimpan haiwan yang diawetkan adalah perbuatan yang merosakkan, padahal syari’at Islam yang sempurna diturunkan untuk membersihkan segala macam perantara (tawassul) atau sarana yang dapat membawa kepada kemusyrikan dan kesesatan. Hal yang demikian pernah terjadi pada kaum Nuh di mana mereka melakukan kemusyrikan disebabkan lukisan yang menggambarkan lima orang sholeh pada masa mereka. Kaum Nuh memasang/meletakkan lukisan tersebut di majlis-majlis, sebagaimana yang Allah terangkan dalam al-Qur’an dengan firman-Nya,

”Dan mereka berkata, Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwa’, yaghuts, ya’uq dan nasr’. Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia).” (Surah Nuh: 23-24)

Maka, kita harus bersikap berhati-hati terhadap penyerupaan orang-orang dalam perbuatan mereka yang mungkar yang dapat menjerumuskan kita kepada kemusyrikan.Dalam sebuah hadis sahih dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu.

“Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak berbentuk, dan jangan pula meninggalkan kuburan yang menjulang tinggi (membukit) kecuali engkau meratakannya.” (Hadis Riwayat Muslim dalam al-Jana’iz, no. 969)

Dalam hadis lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Orang yang paling mendapat siksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar (pelukis).” (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian, no. 5959. Muslim dalam bab yang sama, 2109)

Banyak sekali hadis yang menerangkan tentang hal ini. Semoga Allah memberikan petunjuk. ((Rujukan: Ibn Baz, Kitab Ad-Da’wah, hal. 18-19. Disalin dari buku al-Fatawa asy-Syar’iyyah fi al-Masa’il al-Ashriyyah min Fatawa Ulama al-Balad al-Haram, Edisi Indonesia - Fatwa-Fatwa Terkini-3, Terbitan Darul Haq)

Lain-lain Fatwa (Dipetik/diterjemahkan dari http://fatwa-online.com/)

1 - Pertanyaan:
“Apakah hukum mengambil gambar photografi untuk keperluan atau ditayangkan?”

Jawaban:

Mengambil atau membuat gambar yang berupa dari makhluk bernyawa (sama ada manusia atau haiwan) adalah haram, kecuali bagi tujuan yang amat diperlukan/mendesak, seperti untuk dokumen kerakyatan, passport, dan pengenalan identiti penjenayah bagi tujuan menahan (menangkap/memberkas) dan sebarang apa yang seumpama dengan hal tersebut yang mana sememangnya menuntut keperluan. (Fatwa oleh: Anggota Tetap Penyelidikan Islam & Fatwa yang terdiri daripada, Sheikh 'Abdur-Razzaaq 'Afeefee, Sheikh 'Abdullaah Ibn Ghudayyaan, Sheikh 'Abdullaah Ibn Munee', dan Majlis Fatwa al-Lajnah ad-Daa’imah lil-Buhooth al-‘Ilmiyyah wal-Iftaa, Jil. 1, m/s. 660, Persoalan 3 dari fatwa no. 260)

Wednesday, June 8, 2011

keguguran rambut...

masalah negara yang mamasue hadapi sekarang ialah KEGUGURAN RAMBUT. orang kata, kalau baby tu asyik kluar air liur je, rambut mama dia mesti gugur gak time tu....korang pernah dgr tak org kate gitu?tp mmg itulah yg berlaku kt mamasue skrg ni...
mmg baby medina nye air liur asyik meleleh je...siap berbubble-bubble lagi...sama gak la dgn rambut mamasue,bila sikat je...huiiihhhh!banyak nye yg gugur! rasa mcm dah nak abis dah rambut ni...kat bantal tido pun banyak...even kt beby medina pun terlekat2 gak rambut mamasue tu...kalau mamasue syampu, jgn cakap lah...rambut yg gugur tu mcm org gunting rambut pun ada.......nanti botak la ai......cemana ni kwn2...tlg pk kan...

Cutest Baby Smiling Contest


mamasue terperasan contest anjuran Sinar Raudah ni daripada blog fren mamasue semlm, sara, so mamasue pun tertarik utk joinkan mamasue punye little baby medina. walaupun baby medina ni smile tapi tidak bergigi, mamasue tetap enroll kan dia...hihihi....cute ape...cer tengok...
little baby medina...sepet, rongak...TETAP COMEL!

nama si manja: dhiya medina bt mohd azwan
umur si manja: 4 bulan
nama ibu si manja: suraya bt che kamal

Tuesday, June 7, 2011

kenangan di Universal Studio



seronoknya masa pegi USS ni...seronok + penat...rasa mcm dah lama, tp actually baru-baru jugak kan...?dari  yg pregnant pun dah bersalin, dari yang tak pregnant pun dah pregnant lagik! kahkahkah...cer carik maaaanaaaa baby medina??? =P

Friday, June 3, 2011

al ustazah al dhiya reciting Al Ikhlas

HappyMeal

semalam mamasue pegi tesco kat area rumah tu sebab nak borong barang sikit. mata kakak dhiya yang sepet pun jadi celik lah bila tau nak pi jalan, macam lah tak bawak jalan anak mamasue sorang ni, padahal dalam malam semalam baru bawak pi subang parade...almaklum lah, budaaaakkk....
lepas setel beli barang-barang, dah pukul 9 lebih, badan pun dah penat dengan tak mandi-mandi dari balik ofis, dok pakai baju kurung lagi...papa pun samalah....bukan pakai baju kurung.....sama lah tak mandi...
planning nak teruih balik rumah sebab malam ni papa plan nk house cleaning sket sebab family papa nak dtg esok nya...
TETIBA, kakak dhiya muka saspension!
dhiya: mama, kite dah nak balik ke mama....(suara saspen)
mama: ye lah, dah malam kan
dhiya: ala, dhiya...dhiya....dhiya lapaaaa
mama: (dia buat daaaahhhh)ok,kite makan kt umah
(masa ni tengah lalu JM Beriani)
dhiya:  ala...dhiya lapa...dhiya...dhiya...dhiya nak nasiiii
(pulak dah anak aku ni....,sampai orang dalam JM Beriani tu pandang-pandang mama ni....kot diorg pk apa lah mama tak nk bagi anak dia makan nasi.....tapi ni dramaqueen weeeiihhhh)
mama: (try to maintain ayu)ok,kite makan kt umah 
dhiya:  dhiya lapaaaaaa....dhiya nak makan sekarang.....(sambil tolak2 trolley mamasue suh masuk kedai makan)
(drama ni berlarutan sampai la ke parking kereta kt luar tu...ada orang yg tgh jual2 kat stall luar tu sampai ketawa2 tgk aksi dhiya nih)
mama: dah la dhiya...tengok,malu je orang tu tgk dhiya jerit-jerit
dhiya: mama...mama...mama pegi marah dia....pegggiiii....pegi marah dia
(orang tu lagi lah gelak...tapi mamasue tetap suh dhiya masuk kereta )
dhiya: papa...pegi straight...straight kt orang tu pegi marah diaaaaa
(dah aksi menjerit-jerit suh marah orang tu berlarutan lah sehingga papa setelkan)
papa:ok,jom kitepegi beli HappyMeal
dhiya: (terus terdiam...tukar seronok plak....mmg magic tul lah HappyMeal ni...mmg sesuai sgn namanya)

Thursday, June 2, 2011

contraceptive pills : yasmin vs noriday

mamasue skrg dah start amik pil perancang ni...aka omputih kate contraceptive pills. pills je lah mamasue sanggup, takut plak mamasue nk tanam implanon lagi...lg pun,nt brapa byk parut kt tangan i kaaaannnn....sebab bila nak keluarkan implanon tu balik, doktor kene toreh sket kulit kita, so ade la parut cinonet....
setelah berminggu-minggu mamasue men-survey pil-pil perancang ni, yg mamasue jumpa org yang makan pil Yasmin dan orang yang makan pil Noriday ni...
Yasmin:
dari apa yg mamasue tya-tya doktor, doktor kata Yasmin ni antara contraceptive pill yang terkini di pasaran. kiranya kalau side effect-side effect yang ada pada pil-pil lain tu, kalau amik Yasmin ni kesannya kurang lah sikit...plus, pil Yasmin ni blh mencantikkan kulit dan berat pun tak naik bagai di pam-pam.
tapi, ada 'tapi'nya walaupun its too good to be true kan....Yasmin ni ade mendatangkan risiko pasal penghasilan susu ibu...mungkin ada berkurangan, dan akan ada sikit hormon akan terlarut bersama susu ibu tu...
ari tu mamasue dah amik dah pil ni, tinggal nak pi bayar je, ye lah....mencantikkan kulit, badan tak naik...sapa tak nak? tapi bila mamasue pikir-pikir, kalau susu mamasue kurang nt, sian pulak kt medina...dah la baru nk masuk 4 bulan, susu badan dah kurang demi mama nak cantek.....huhuhuhu...sungguh tak sampai hati...so mamasue pulangkan balik pil Yasmin tu...
lagi pun, cara pemakanan pun complicated sket...kena amik pada hari pertama period...kalau ibu tu breastfeed kan, period sah-sah la dtg lambat...so,takkan nak main redah je tanpa amik pil apa-apa, even ada org kata, selamat je kalau kita bersama pasangan pada waktu ni, breastfeeding ni antara kaedah terbaik sebagai perancang keluarga.tapi, mamasue tetap nak berwaspada gak, takut ter accident!
amik pada hari pertama period, sampai abis sepapan which is 21 pills, brenti selama 7 hari, sambung the next papan pada hari ke-8...utk kes mamasue yang tak period-period ni, tak yah la....takut plak TER!
harga plak, mmg le lebih mahal dari Noriday...and ikut tempat...ade klinik Soraya yang mamasue selalu pegi tu, RM55, farmasi murah sket...blh dpt semurah rm48.

Noriday:


pil ni lah yg paling senang, telan je tiap-tiap hari even semasa period...murah plak tu, kalau kat klinik soraya tu kwn mamasue kate rm15, mamasue beli kt farmasi rm13 je...side effect pulak, office mate mamasue ade yang migraine...tp as far mamasue amik (tak smp seminggu ni la) ok lagi...harap2 ok je lah...
tapi yang malas nye pil perancang ni, mamasue igt kan asalkan kite mkn tiap-tiap hari tu dah kira ok lah, tapi tidak rupanya...kite kena makan pil ni pada waktu yg sama setiap hari! alamatnya mamasue kene set alarm kt henfon. dah la henfon pun cokia je,alarm blh set 1 je, so kene igt la setiap kali matikan alarm bgn pg tu set terus alarm nk mkn pil pulak....huhuhuhu!takutnya terlupa....

soalan GUNI (bukan cepu lagi) emas: sampai bilakah mamasue nk telan pil perancang ini?????
Related Posts with Thumbnails