Friday, October 15, 2010

petua anak pintar...

semua orang mesti nak anak dia semuanya jadi pintar...pintar dunia...pintar akhirat...anak mamasue skrg dah 3 tahun lebih dan pintar....PINTAR PUTAR BELIT!

PETUA ANAK PINTAR
Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika mereka sedang tidur.
1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
2. Membaca surah Al Fatihah 1 kali dan Alam Nasyrah 1 kali.
3. Bercakap cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya berbinkan dan berbintikan kepada kita. Percakapan itu berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana ia sangat berkesan kepada jiwa dan rohnya.
4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak walaupun dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak walaupun dia sedang tidur.
5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita. Sapulah ke muka dan ubun-ubun anak.
Cubalah petua itu dan Insya-Allah kesannya akan anda lihat sendiri.

6 yg dah komen:

lydzar said...

buat jugak bila teringat.tu dh kira bukan amalkan la tu kan hihihi

Atia Adina said...

laki aku selalu buat dulu masa atia kecik...masa atia ngah mamai2 nak tido...dia pun bercakap2 ngan atia....tapi aku plak marah...sebab....pas tu atia tak jadi tido....

maslinamansor said...

ada juga amalkan. Tapi kadang2 terlupa gak... hehehe

*bas mas pukul 5.30 ptg, jdi kemas bilik mesyuarat n off kan wireless awal2... Kul 5 tepat nak cabuttt... :)

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

tq 4 sharing mamasue..
nk copipes bleh, ..?

mamasue said...

Leily: boleh je...sharing is caring...mamasue pun outsource

miezaniera said...

nk copy gak yer..hehe tq..

Related Posts with Thumbnails